Kumpulan Mpire ditubuhkan pada tahun 2005, setelah Pae dan Ali meninggalkan kumpulan rock terkenal, XPDC. Pada
awalnya Mpire berkerjasama dengan beberapa pemuzik profesional
yang berbeza. Kumpulan ini terdiri daripada
Ali (Penyanyi) bekas anggota kumpulan Terra Rossa dan XPDC, Pae (Drum) bekas anggota kumpulan Barongan dan XPDC, Trabye
(Gitar) bekas anggota kumpulan Metalasia dan beberapa pemuzik sessionist yang silih berganti.
Tidak
lama kemudian, Ali meninggalkan Mpire kerana dapat memberi komitmen untuk kemajuan kumpulan ini.
Mpire bertemu dengan pemain bass kekal iaitu Asfa melalui
cadangan daripada Pae. Setelah empat tahun sejak tanpa vokalis, barisan
Mpire kini kembali lengkap dengan kemasukan Brad.
Album ini diterbitkan oleh Izo XPDC dan DB Production yang menampilkan lagu-lagu ciptaan J.S.Kevin yang dirakamkan semula oleh Mael dan dua buah lagu baru iaitu Hidup Lain dan Apa Erti Semua. Album ini adalah sebuah album tribute untuk J.S.Kevin yang dirakamkan di Studio Matahati, Petaling Jaya dan menampilkan pemuzik-pemuzik tempatan seperti Hillary, Bong, Ujang dan Izo.
Pada tahun 2000, Zuar selaku pemain bass kumpulan XPDC telah menyatakan hasratnya kepada Izo untuk menubuhkan band projek. Nanum ia ditolak membuatkan Zuar menarik diri dari kumpulan XPDC dan menubuhkan kumpulan Zua & Cope'ro yang dianggotai oleh Zuar (Bass & Penyanyi), Lee (Gitar), Yuss (Gitar) dan Zack (Drum) kumpulan ini hanya sempat merakam satu album yang bertajuk Conqueror yang diterbitkan pada 2001. Selepas itu Zuar meninggalkan kumpulan tersebut dan menubuhkan kumpulan baru iaitu Viper.
XPDC muncul dari perpecahan
kumpulan Tragedy yang dianggotai oleh Mael (Vokalis), Izo (Gitaris), Man Tobey
(Bassis) dan Yazid (Drum). Di awal pembabitan, mereka telah melalui pelbagai
peristiwa pahit seperti ditipu oleh penganjur persembahan dan penyelewengan
dalam pengurusan kumpulan. Tragedy hanya sempat menyiapkan 50% proses
rakamannya apabila pengunduran anggota asal Tragedy iaitu Man Tobey dan Yazid
membuatkan kumpulan ini dilanda perpecahan.
Perjuangan ahli kumpulan Tragedy
masih mahu diteruskan oleh Mael dan Izo untuk menubuhkan kumpulan baru.
Akhirnya lahirlah XPDC yang diilhamkan oleh J.S.Kevin (Allahyarham Zul Adnan
Mohd Razali) yang merupakan tulang belakang bagi kumpulan XPDC. Tempat Man
Tobey dan Yazit diganti oleh Lee Space (Drum) dan Zuar (Bass). XPDC memperjuangkan muzik
Heavy Metal yang jarang diketengahkan oleh kumpulan-kumpulan rock pada masa
itu.
Kemunculan album sulung XPDC
iaitu Darjah Satu diterbitkan oleh J.S.Kevin pada 03 September 1990 menjadi satu kejutan dan dianggap trend baru
telah lahir ke pesada muzik tanahair apabila lagu popular mereka “C.I.N.T.A.”
menggunakan konsep mengeja didalam nyanyian. Lagu “C.I.N.T.A” adalah ciptaan Z.N. Kevin dan lirik oleh J.S.Kevin
dan lagu tersebut pernah ke peringkat akhir Juara Lagu Muzik-Muzik 1990 dengan
persembahan mantap XPDC. Album ini telah terjual melebihi seratus
limapuluh ribu unit (150,000 Unit).
Selepas kejayaan album tersebut, Lee Space mengundur diri dari kumpulan XPDC dan tempat beliau digantikan oleh pemain drum dari kumpulan Handy Black iaitu Amy.
01. Raja Kertas[Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin]
02. Aku Dan Sesuatu[Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin]
03. Pelesit Mata Sebelah[Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin]
04. C.I.N.T.A. (Instrumental Mix) [Lagu: Z.N.Kevin]
05. Gerak 2000[Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin]
06. Bukan Milik Aku[Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin]
07. Abadikah Tragedi[Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin]
08. Cermin Dunia[Lagu: Bad / Lirik: Wan Zul]
09. Jangan Tak Mandi [Lagu: Mael XPDC / Lirik: Mael XPDC]
10. C.I.N.T.A.[Lagu: Z.N.Kevin / Lirik: J.S.Kevin]
Pada tahun 1992, album kedua XPDC iaitu "TIMUR BARAT" diterbitkan oleh J.S.Kevin bersama XPDC dan dipasarkan pada 02 November 1992. Antara lagu yang menjadi siulan didalam album ini ialah "C.T. Cinta Kenangan Silam" ciptaan J.S.Kevin yang masih mengekalkan konsep mengeja dalam nyanyian dan juga sebagai kesinambungan kejayaan lagu "C.I.N.T.A."
Pada tahun 1994, album ketiga XPDC "KITA PENG-YU" diterbitkan. Kita Peng-Yu yang bermaksud Kita Kawan diterbitkan oleh J.S.Kevin dan XPDC sendiri yang menampilkan lagu hits seperti Titian Perjalanan, Nafisa, Hijau Bumi Tuhan dan Bahalol. Sambutan album ini amat meluas dikalangan peminat lama dan baru. Dua buah lagu dari album ini iaitu Bahalol dan Nafisa telah diadun (Mix) di Amerika Syarikat. Ketika itu ianya adalah antara album tempatan pertama yang diberi peluang sebegitu.
Pada tahun 1995, Life Records menerbitkan dua buah koleksi XPDC iaitu Seleksi Headbang dan Rock Ballad serta album XPDC 'Unplugged' yang pertama di Malaysia yang menampilkan artis-artis lain seperti Ruhil, Azmani, kumpulan Kris dan dua buah kumpulan dari Singapura iaitu kumpulan Rausyanfikir dan kumpulan Nuradee. Pada tahun 2006 album ini diterbitkan semula dengan beberapa perubahan pada kulit album dan track seperti lagu dari Nuradee - Aku Yang Masih telah diganti dengan lagu kumpulan Candy - Akukah Yang Bersalah dan lagu dari kumpulan Rausyanfikir - Blues Generasi Baru diganti dengan kumpulan Bumiputra Rockers - Aku Hanya Serangga.
Pada tahun 1996, menerusi lagu "Titian Perjalanan" yang telah melayakan kumpulan XPDC untuk bertanding ke peringkat separuh akhir Juara Lagu Muzik Muzik 1996, walaubagaimanapun mereka kecundang oleh kerana displin dan mutu persembahan yang ditunjukan oleh Mael amat mengecewakananggota XPDC yang lain dan membuat keputusan untuk menyingkirkan Mael dari kumpulan XPDC setelah menyelesaikan rakaman album ke-empat.
01.Tak Nak Jadi Soh Chai [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq] 02. Hentian Ini [Lagu / Lirik: J.S.Kevin] 03. Hidup Bersama [Lagu / Lirik: Mohamed Ayob & Thr Rhythm Boys] 04. Tinggalkan Semalam [Lagu / Lirik: JS Kevin]
05. Aku Tak Kan Bising [Lagu / Lirik: Mael XPDC] 06. Senapang Patah [Lagu: Peter Chong / Lirik: JS Kevin] 07. Cempedak Jadi Nangka [Lagu / Lirik: Mael XPDC] 08. Aku Masih Di Sini [Lagu: Izo XPDC / Lirik: Azam Dungun] 09. Semangat Yang Hilang [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin] 10. Apa Nak Di Kata [Lagu: Izo XPDC / Lirik: JS Kevin]
Selepas album Brutal diterbitkan, Mael terus disingkirkan dari kumpulan XPDC dan tempat beliau diambil alih oleh Ali Terra Rossa. Mael dan XPDC terus dilanda krisis dimana Mael menganggap dirinya masih lagi anggota XPDC kerana bertanggapan dia merupakan salah seorang pengasas kumpulan tersebut. Akhirnya Mael menubuhkan kumpulan baru yang diberi nama Real XPDC. Penubuhan kumpulan Real XPDC membuatkan krisis diantara Mael dengan XPDC terus bergolakkerana wujudnya kekeliruan dikalangan peminat mereka. Pada tahun 1999 kumpulan Real XPDC telah membuat persembahan live di Shah Alam, Selangor dan menerbitkan album tersebut dibawah syarikatnya sendiri iaitu Real XPDC Records. Krisis diantara Mael dengan anggota XPDC yang lain terus berlarutan sehinggalah Mael menukarkan nama kumpulan Real XPDC kepadaReal X .
Ali Terra Rossa terus menjadi ahli tetap XPDC dan terus mengorak langkah bersama ahli kumpulan XPDC yang lain. Pada tahun 1997, para peminat telah menerima Ali dan gaya persembahan dalam mencorakkan identiti kumpulan XPDC sebagai kumpulan Heavy Metal yang terunggul di Malaysia dan namanya terus dikenali sebagai Ali XPDC. Ali lebih menampilkan gaya dan imejnya yang brutal ala James Hetfield (Metallica).
Pada awal kemunculan Ali dalam kumpulan XPDC, beliau telah merakamkan 2 buah album projek iaitu Metal 60'an dan Metal 50'-60'an yang diterbitkan pada tahun 1997 yang menampilkan beberapa artis lain seperti Mael , Ary (Fahrenheit), Jatt (Black Dog Bone), Dilla, Fazilah dan Adeq. Kedua-dua album ini mendapat sambutan yang hebat sehingga kebanyakan kumpulan rock pada masa itu merakamkan sumula lagu-lagu 50'an dan 60'an dalam versi metal. Pada tahun 2006, album ini diterbitkan dalam edisi berkembar (2 dalam 1).
01. Hidup Bersama - Mael [Lagu / Lirik: Mohamed Ayob & Thr Rhythm Boys]
02. Rock N Roll - Ali [Lagu / Lirik: Copyright Controlled]
03. Suzanna - Ary [Lagu: Kamal Shah / Lirik: M.Osman]
01. Alah Emak Kahwinkan Aku- Ali [Lagu / Lirik: Copyright Controlled]
02. Ikan Todak - Jatt [Lagu: Rukimin Judi / Lirik: S.Joerem]
03. Bunyi Gitar - Ary [Lagu: Tan Sri P.Ramlee / Lirik: S.Sudarmaji]
04. Syurga Idaman - Fazilah [Lagu / Lirik: A.Rahman Hassan]
05. Kekasih Berduka - Ary [Lagu / Lirik: Kamaruddin Ahmad]
06. Kenanganku - Jatt [Lagu: Yusof B / Lirik: Nordin Arshad]
07. Darah Muda - Dila [Lagu: Kassim Masdor / Lirik: S.Sudarmaji]
08. Selamat Pengantin Baru - Ari [Lagu: Tan Sri P.Ramlee / Lirik: S.Sudarmaji]
09. Baju Kebaya - Ali [Lagu / Lirik: Copyright Controlled]
10. Pontianak - Ary [Lagu: Kassim Masdor / Lirik: S.Sudarmaji]
Metal 50'60'AN (2006)
Dalam tahun 1998, satu peristiwa pahit telah menimpa salah seorang anggota XPDC iaitu Amy yang terlibat dalam kemalangan. Disebabkan kemalangan tersebut Amy terpaksa berehat panjang selama enam bulan lebih dan kumpulan XPDC telah menubuhkan tabung kebajikan untuk beliau.
Pada 11 April 1998, bertempat di Stadium Negara, Kuala Lumpur kumpulan XPDC telah membuat persembahan dihadapan 13,000 peminat dalam "Konsert Raksasa XPDC Brutal". XPDC menjemput pemain drum undangan bagi menggantikan Amy yang masih berehatiaitu Lola.
Persembahan dimulakan dengan lagu pembukaan yang sangat BRUTAL...!!! "Talam Dua Muka" membuka tirai konsert raksasa tersebut. Lola yang menggantikan Amy pada malam itu mendapat perhatian peminat dengan drum solonya disertai 'double pedal' yang cukup padu bunyinya. Manakala suara jeritan Ali yang keras menghangatkan lagi persembahan pada malam itu. Para peminat fanatik kumpulan XPDC sangat aktif memeriahkan konsert kerana lagu-lagu yang dimainkan semua berentak Heavy Metal dan menggabungkan lagu-lagu dari album Metal 50-60an dan dua buah lagu Metallica iaitu 'Master Of Puppets' dan 'Seek And Destroy'. Kemudian Konsert Raksasa ini diabadikan dalam satu album live dan diterbitkan oleh Mahmud Abu Bakar dan Izo XPDC pada tahun yang sama.
07. Selendang Merdeka[Lagu / Lirik: J.S.Kevin]
08. Lagu Tiga Kupang[Lagu/Lirik: Copyright Controlled]
09. Kita Peng-Yu[Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
10. Drum Solo
Disc Dua
01. Suratku Untukmu[Lagu/Lirik: J.Sham]
02. Ikan Todak[Lagu: Rukimin Judi / Lirik: S.Joerem]
03. Baju Kebaya[Lagu/Lirik: Copyright Controlled]
04. Tak Nak Jadi Soh Chai[Lagu: Izo XPDC / Lirik: Loloq]
05. Semangat Yang Hilang[Lagu: Izo XPDC / Lirik: J.S.Kevin]
06. Hidup Bersama[Lagu / Lirik: Mohamed Ayob & Thr Rhythm Boys]
07. Master Of Puppet[Lagu: James Hetfield / Lirik: Lars Ulrich, Kirt Harmelt & Cliff Burton]
08. Seek And Destroyed[Lagu: James Hetfield / Lirik: Lars Ulrich]
09. Alah Emak Kahwinkan Aku[Lagu/Lirik: Copyright Controlled]
10. Apa Nak Dikata[Lagu: Izo XPDC / Lirik: J.S.Kevin]
Setelah Konsert Raksasa XPDC Brutal diterbitkan dalam bentuk CD audio dan kaset, XPDC mahu menerbitkan pula dalam bentuk video, namun selepas beberapa suntingan dibuat, VCD ini tetap tidak mendapat
kelulusan kerana XPDC yang sering beraksi dengan gaya rambut headbanging
menjadi penghalangnya terbesarnya. 'Konsert XPDC- Brutal' bagaimanapun
masih tetap diedarkan untuk pasaran di Sabah, Sarawak dan Singapura
kerana ketiga-tiga negeri ini tidak menghalang pengedarannya. Ekoran
sambutan yang hangat dari peminat kumpulan rock ini, VCD telah dibawa
masuk ke Semenanjung dan telah disalin semula dan dijual sebagai
barangan cetak rompak oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Apa
yang dikesali ketika itu VCD cetak rompak ini terus bermaharajalela
sedangkan yang asli tetap dihalang untuk diedarkan. Atas sebab itu
Life Records telah menghentikan pengedaran VCD untuk ketiga-tiga
negeri ini untuk tidak terus berputih mata sedangkan cetak rompak
meraih keuntungan yang besar.
Pada tahun 2003, selepas isu rambut
panjang mulai reda, Life Records telah mengambil inisiatif untuk
memohon semula kelulusan dari Lembaga Penapisan Filem. Akhirnya
berkat usaha yang tidak pernah kenal penat dan jemu, VCD ini mendapat
kelulusan pengedarannya. Disebabkan perkataan 'Brutal' tidak mendapat
kelulusan kononnya
boleh mendatangkan pengaruh negatif kepada peminat. Sebab yang lain
adalah kerana isu rambut panjang dan keadaan penonton yang menyaksikannya
konsert itu ada yang beraksi agak liar. VCD ini dikenali sebagai 'XPDC- LIVE IN KONCERT'. Dalam kandungan VCD versi baru ini, XPDC lebih bersopan aksi di
pentas. Aksi headbangging mereka telah dipotong hampir seratus peratus
dan kelakuan beberapa penonton yang agak liar juga telah dipotong.
Manakala sistem audionya yang pada asalnya kurang jelas telah dibaiki
semula.
Sebagai bonus, dua klip video XPDC yang dirakamkan di Indonesia
ketika mereka berkunjung ke sana juga diselitkan di penghujung konsert
ini .Dua klip video ini masing-masing adalah lagu 'Hentian Ini' dan
'Alah Emak Kahwinkan Aku' telah dirakamkan di Anyer dan Bandung,
Indonesia dan ianya tidak pernah dipertontonkan kepada peminat di
Malaysia tetapi hanya khusus untuk tayangan di TV indonesia. XPDC sendiri bersyukur dengan berita gembira ini. Kelulusan VCD
ini bermakna Lembaga Penapisan Filem masih bersikap terbuka dan
tetap ikhlas membantu dalam kemajuan industri muzik tanahair dengan
syarat kita mematuhi 'guideline' yang telah diberikan.
Selepas kejayaan album live, kumpulan XPDC kembali ke studio untuk proses rakaman album kelima. Dalam album kelima ini, XPDC masih memerlukan khidmat Lola sebagai pemain drum undangan. Pada 7 Disember 1998, album Samurai diterbitkan oleh Mahmud Abu Bakar dan Izo XPDC.
Samurai adalah album sulung
Ali bersama XPDC. Album ini mengandungi beberapa lagu hits seperti Teman, Kenapa Apakah dan Semangat Perjuangan Harmoni. Lola akhirnya diserapkan sepenuhnya selepas
dua tahun bersama XPDC. Amy yang akur dengan keputusan itu membawa haluannya sendiri dengan menyertai kumpulan Kamikaze.
Pada tahun 2000, XPDC menghasil satu album koleksi yang menggabungkan bekas penyanyi asal XPDC. Real N Reality, yang menggandung dua buah lagu baru iaitu Sedekah nyanyian Mael dan Nyanyuk nyanyian Ali.
Album UN'METAL sebuah album yang menampilkan gabungan XPDC bersama
muzik Okestra. Dua buat lagu baru dimuatkan dalam album ini iaitu 'Langsung Tak Faham' dan 'Masih Ada Semangat' Lapan lagu dari album-album yang lepas dirakam semula yang berkonsepkan akustik dan okestra.
Selepas UN'METAL diterbitkan, Zuar mengundur diri dari kumpulan XPDC menumpukan perhatian kepada band projek beliau iaituZua & Cope'rodan menerbitkan album Conqueror '01 pada 2001 diterbitkan bawah lebel SCR (Strange Culture Records) Sdn Bhd. Kemudian Zuar menubuhkan kumpulan Viper yang turut dianggotai oleh Amy bekas anggota XPDC. Viper telah menghasilkan dua album iaitu Evolusi (2002) dan Objektif Perhentian (2003).
Kumpulan XPDC pula menghasilkan album ke-enam iaitu V6, posisi Zuar diganti oleh Yan (Lefthanded). Album V6 diterbitkan pada 2002 yang mengandungi lagu hit seperti Sakinah, Kaca, Hujan Airmata dan Monggol Dah Pulang.
Pada 8 Ogos 2002, J.S.Kevin atau nama sebenarnya Zul Adnan
Mohd Razali telah menghembuskan nafas terakhir rumah Zuar kerana diserang angin ahmar dan paru-paru berair. Beliau meninggal dunia pada usia 42 tahun. Pemergian J.S.Kevin amat dirasai oleh pengiat muzik rock tanah air terutamanya XPDC yang telah bersamanya dari awal penubuhan kumpulan Tragedy. J.S.Kevin telah menulis dan cipta banyak lagu untuk kumpulan XPDC, Wings, May, Bumiputra Rockers dan banyak lagi kumpulan yang memainkan lagu hasil ciptaan beliau. J.S.Kevin juga mempunyai banyak nama dalam menghasilkan lagu seperti Z.N.Kevin, Nasha Kevin, Joe Kevin, Zul Kevin, M.S.Kevin, Nadia Ewing, Zambri S dan Masterpiece. Antara lagu terawal beliau ialah Biarkan Berlalu (Wings).
Perjuangan XPDC masih diteruskan walaupun tanpa J.S.Kevin. XPDC terusmenerbitkan album UN'METAL II pada 2003. Konsep yang sama seperti album UN'METAL yang pertama dengan menampilkan suara Mael dalam lagu 'Hijau Bumi Tuhan', 'Senapang Patah', 'Aku Masih Disini', 'Bahalol' dan 'Hentian Ini' yang berganding dengan suara Ali. Terdapat sebuah lagu baru ciptaan Izo XPDC dan Loloq iaitu Berakit Ke Langit. Namun selepas UN'METAL II diterbitkan Lola meninggalkan kumpulan XPDC dan menyertai kumpulan Search.
Pada 2005, XPDC menampilkan album MdLey Rugged, sebuah album yang merakamkan semula lagu-lagu lama XPDC dalam betuk Medley. Album ini menampilkan pemain drum baru XPDC iaitu Pae dari kumpulan Barongan. Setelah album ini diterbitkan, kumpulan XPDC kurang mendapat sambutan. Persembahan XPDC tetap dilaksanakan walaupun tidak begitu ramai peminat yang ingin menyaksikannya. Akhirnya XPDC kian menyepi.
06. Pelesit Mata Sebelah - John Jenin - Hidup Bersama
07. Aku Masih Disini - Nafisa - Teman
08. King El Mondouqe - Hairan Bin Ajaib - Senapang Patah
09. Selendang Merdeka - Apa Nak Di Kata
10. Sakinah - Semangat Yang Hilang
Pada tahun 2006, Izo menerbitkan album solo Mael yang diberi tajuk Hidup Lain. Di dalam album ini Mael menyanyikan semula lagu-lagu hasil ciptaan J.S.Kevin dan menampilkan dua lagu baru iaitu Hidup Lain dan Apa Erti Semua. Album ini adalah sebuah album tribute untuk J.S.Kevin yang dirakamkan di Studio Matahati, Petaling Jaya dan menampilkan pemuzik-pemuzik tempatan seperti Hillary, Bong, Ujang dan Izo. Album ini diterbitkan oleh syarikat EMI (M) Sdn Bhd pada tahun 2006.
Akhirnya XPDC memutuskan untuk kembali bersatu semula bersama ahli kumpulan yang lama. Mael, Zuar, Amy dan Izo. Mereka kembali untuk melakar sejarah dan menerbitkan koleksi XPDC Rock Union yang menampilkan lagu dari album XPDC bersama Mael, Real X dan album solo Mael dan dua buah lagu baru hasil ciptaan J.S.Kevin iaitu Curahan Rasa dan Menentang Arus.
Ali, Pae dan Yan membawa haluan masing-masing. Ali menubuhankan kumpulan Mpire yang dianggotai oleh Ali (Vocal), Trabye (Gitar), Asfa (Bass) dan Pae (Drum) dan meneribitkan sebuah album pada 2007.
01. Curahan Rasa(Lagu Baru)
02. Teman(Album Mael - Hidup Lain)
03. Selendang Merdeka(Album XPDC - Kita Peng-Yu)
04. Genggam Api(Album Real X)
05. Sedekah(Rakaman Semula)
06. Impian Seroja(Album XPDC - Timur Barat)
07. Pelesit Mata Sebelah(Album Mael - Hidup Lain)
08. C.I.N.T.A.(Album XPDC - Darjah Satu)
09. Sebalik Senyuman (Album Real X)
10. Sudah Sampai Sini(Album Mael - Hidup Lain)
Disc Dua
01. Menentang Arus(Lagu Baru)
02. Kita Peng-Yu (Album XPDC - Kita Peng-Yu)
03. Misteri Mimpi Syakilla(Album Mael - Hidup Lain)
04. C.T. Cinta Kenangan Silam(Album XPDC - Timur Barat)
05. Semangat Yang Hilang(Album XPDC - Brutal)
06. Segar Dalam Ingatan(Album Real X)
07. Bahalol(Album XPDC - Kita Peng-Yu)
08. Titian Perjalanan (Album XPDC - Kita Peng-Yu)
09. Hairan Bin Ajaib (Album XPDC - Timur Barat) 10. Lain Hidup(Album Mael - Hidup Lain)
Setelah hampir 20 tahun berada dalam persada seni, pada 2009, XPDC menghasilkan album baru iaitu Rasopariso yang menampilkan sembilan lagu baru yang berkonsepkan Fast Heavy Metal, Balled, Morerate dan 60's yang pernah diketengahkan dalam album-album terdahulu. Rasopariso yang bermaksud 'budi baik' juga adalah kesinambungan bagi album Rock Union. Pada 2010 Rasopariso (The Relaunch) diterbitkan dengan penambahan dua lagu baru.
Pada tahun 2011, XPDC bergabung semula dengan semua anggota yang pernah menjadi ahli kumpulan tersebut termasuk Ali, Yan dan Lola untuk menjayakan sebuah konsert yang dianjurkan oleh Red Garage Group Sdn Bhd iaitu Konsert Loudspeaker bersama tiga artis lain iaitu Wings, Faizal
Tahir dan Azlan & The Typewriter, yang akan berlangsung pada 25
Disember 2011.
XPDC juga turut menjayakan satu konsert bersama Search di Indoor Stadium, Singapura pada 28 Januari 2012.
XPDCVSix adalah gabungan semula Izo, Ali, Lola dan Yan dan menampilkan anak kepada Izo iaitu Arif selaku pemain gitar yang beraksi dalam konsert Malaysian Rock Fest 2012 pada 20 Oktober 2012 di Bukit Kiara Equestrian Park. Konsert tersebut menampilkan kumpulan Lefthanded, Wings, May dan Rusty Blade. Malaysian Rock Fest 2012 yang diadakan bersempena Grand Prix Motosikal (Moto GP 2012)
itu turut mendapat kerjasama daripada Red On Black Sdn Bhd. Konsert ini akan mengimbas semula kenangan zaman kegemilangan pada
era 'Battle of The bands' dengan bersatu menerusi Malaysian Rock Fest 2012.